Friday, September 12, 2008

sotong masak sambal

bahan-bahan

1kg sotong
1 labu bawang besar (mayang dan hiriskan)
1/2 cawan asam jawa
3 s/b sos tomato
garam
gula
minyak

bahan kisar
20 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm belacan

cara memasak
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak
2. masukkan air asam jawa dan sos tomato.. kacau rata
3. masukkan gula dan garam, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat
4.masukkan sotong dan bawang besar. kacau rata

5. biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang agak layu
tutup api

Thursday, February 14, 2008

Asam Pedas ikan pari

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-Bahan:
600 gm ikan pari
300 gm bendi
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya

Bahan-bahan digiling halus(kisar):

15 tangkai cili kering5
biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
sedikit belacan
serai (1 )
buah keras dan gajus(sedikit sahaja) (goreng sekejap)


Cara:

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendi, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata.

++ copy n paste gak.. tp dah penah try.. huhuhu ++

ciskek kak lyn


ciskek kak lyn
bahan-bahan

3 paket cream cheese..philadelphia
1 pack graham crakers (digestive beskot)
1 tin condensed milklemon jus dr satu bijik lemon
butter sikit utk cairkan
cara membuat
hancurkan beskot tu sampai lumat..mcm tepung..campurkan ngan butter yg dah dicairkan tadibasah sgt..agak2 boleh keras la..pas tu ratakan dlm loyang kek..eh sebelum tu mcm beselakan..sapu majerin keliling tu.
pas tu ..cream cheese tu + condensed milk + lemon jus pas tu..mix je sumer tu
pas tu tuang atas beskot yg dah jadi tapak utk kek tadi pas tu bakar
bakar dlm 30 min..temp..160.. bila dah 30 min..agak2 la...off oven.. tp biar je kek dok dlm tu dulu ..pas tu masukkan dlm fridge.

Sayur Campur


sayur campur


Bahan-bahan


50 g sayur fucuk (soya beans strips yang kering tu)
30 g soh hun (tang hun bagi orang utara) atau glass noodles
4-5 keping cendawan butang yang dikeringkan
4-5 keping cendawan hitam (black mushroom/fungus)
1 batang lobak merah
100 g Bunga kobis1 packet jagung mudaLain-lain sayuran yang suka untuk ditambah seperti celery, broccoli dan lain-lain
3 biji kentang3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih1 biji cili merah
6 ekor udang basah/udang kering
Serbuk lada putih
Garam
Kicap
Minyak masak
Air
Daun sup & daun bawang untuk hiasan

Cara-cara memasak

1. Rendam bahan-bahan kering (fucuk, cendawan butang, cendawan hitam, soh hun) sampai kembang. Kadang-kadang ada yang dijual dalam paket yang sudah bercampur semua sayuran ini.
2. Potong fucuk dan cendawan mengikut saiz yang anda suka, selalunya fucuk tu lebih kurang 1-2 inci panjang. Cendawan butang dipotong 2 atau 4 terpulang pasa saiz. Cendawan hitam pun di potong supaya tidak terlalu besar saiznya.
3. Panaskan 2 sudu makan minyak masak di dalam periuk
4. Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bawang2 di dalam minyak panas sehingga kekuningan.
5. Masukkan udang basah yang telas dibuang kulit dan dibasuk bersih.
6. Masukkan air dalam setengah periuk. Masukkan garam, serbuk lada putih.
7. Kupas kulit ubi kentang, potong menjadi 4 atau 6 ( ikut saiz ) dan masukkan ke dalam periuk.Biarkan sebentar sehingga kentang sedikit empuk.
8. Masukkan fucuk yang telah kembang, cendawan, lobak merah, bunga kobis, jagung muda soh hun dan lain-lain sayuran yang ingin ditambah.
9. Potong cili merah dan masukkan ke dalam periuk sup.
10. Tambahkan 1-2 sudu kicap dan biarkan mendidih.
11. Bila ubi sudah empuk, dan kuah sudah mendidih, bolehlah diangkat. Taburkann hirisan daun sup/daun bawang ke atas sup.


++ neh copy n paste ++ Bese lew Pakar dlm bab copy n paste neh ++